MENU

Penubuhan Majlis Daerah Besut adalah bagi memberi segala kemudahan perbandaran dan sosio-ekonomi kepada penduduk dalam kawasan Majlis ke arah meningkatkan taraf hidup mereka melalui objektif berikut:-

  • Mewujudkan satu bentuk pentadbiran Kerajaan Tempatan yang kuat, cekap dan bermutu

  • Mewujudkan kemudahan-kemudahan asas/kemudahan infrastruktur dan penyediaan perkhidmatan bandar

  • Mengadakan perancangan dan pembangunan kawasan penempatan yang teratur selaras dengan prinsip-prinsip perancangan bandar

  • Mengawasi kebersihan, kesihatan dan keindahan bandar

  • Menjalankan aktiviti sosio-ekonomi dan kemudahan tempat-tempat perniagaan bagi meningkat taraf peniaga-peniaga kecil