MENU

Peraturan Penyewaan Petak Letak Kereta

Dimaklumkan bahawa mulai bulan Ogos 2007 peraturan sewa petak letak kereta Majlis Daerah Besut adalah sebagaimana berikut:-

  1. Bayaran sewaan petak hendaklah dijelaskan dalam minggu pertama setiap bulan.

  2. Setiap penyewa petak hendaklah menggunakan patil "Kosongkan" yang boleh didapati/dibeli daripada Pejabat Unit Letak Kereta di Jerteh.

  3. Bagi mana-mana penyewa yang tidak menggunakan patil tersebut, penyewaan tuan/puan akan ditamatkan.

  4. Patil "Kosongkan" hanya boleh digunakan mulai jam 8.00 pagi hingga 6.00 petang bagi hari bekerja sahaja. Selepas jam 6.00 petang dan hari-hari cuti umum patil tersebut hendaklah disimpan, petak-petak letak kereta tersebut adalah menjadi hak milik umum.