Umum
1. Adakah kesemua PBT di Malaysia terletak di bawah bidang tugas Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT)?
Kesemua PBT terletak di bawah bidang kuasa Kerajaan Negeri masing-masing. Bidang tugas KPKT adalah untuk menyelaras PBT-PBT tersebut dari segi penyeragaman dasar dan perundangan, memberi khidmat nasihat termasuk khidmat nasihat teknikal dan penyaluran peruntukan daripada Kerajaan Persekutuan.
2. Bagaimana orang ramai boleh membuat aduan mengenai isu / masalah yang dihadapi di dalam kawasan PBT?
3. Dimanakah untuk memperolehi tender-tender dan sebutharga yang dikeluarkan oleh pihak MDB?
Empat belas hari (14) daripada tarikh menerima borang E yang telah lengkap berserta pandangan teknikal jabatan yang perlu.
4. Bagaimanakah sesuatu proses perancangan dan pemajuan tanah dibuat?
Kesemua tender-tender dan sebutharga yang dikeluarkan oleh pihak MDB boleh dirujuk dan dimuat turun daripada Laman Web Rasmi MDB pada laman Tender & Sebutharga atau layari Majlis Daerah Besut
Kutipan Sisa Pepejal
1. Jika pihak yang di pertanggungjawabkan tidak melaksanakan kerja-kerja pembersihan sampah, apakan tindakan yang boleh diambil oleh penguna atau orang ramai?
Pihak Pengguna boleh membuat aduan kepada Majlis Daerah Besut untuk membolehkan tindakan pembersihan dijalankan secepat mungkin.
Cukai Taksiran
1. Apakah yang dimaksudkan dengan cukai pintu/taksiran?
Cukai taksiran adalah cukai yang dikenakan dibawah seksyen 141 bagi bangunan-bangunan yang layak dikenakan kadaran dalam kawasan majlis termasuklah rumah kediaman, premis perniagaan, premis perindustrian, bangunan-bangunan yang dimiliki oleh kerajaan Persekutuan, negeri dan juga agensi-agensi swasta yang lain.
2. Bilakah bil Cukai Taksiran dikeluarkan dan tarikh akhir bayaran ?
Bil Cukai Taksiran dikeluarkan 2 kali setahun iaitu penggal pertama pada 1 Januari dan penggal kedua pada 1 Julai setiap tahun. Tarikh akhir bayaran bagi penggal pertama ialah pada 31 Mac dan penggal kedua pada 31 Oktober./p>
3. Di manakah pembayaran bil Cukai Taksiran boleh dibuat ?
Pembayaran Cukai Taksiran boleh dibuat sebagaimana berikut :-
- Kaunter Pembayaran Pejabat MDB
- Kaunter Pembayaran MDB Caw. Jerteh
- Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB)
- Bank Simpanan Nasional (BSN)
4. Bilakah waktu pembayaran di kaunter hasil boleh dibuat?
Pembayaran boleh dibuat pada hari AHAD – RABU : 8.00 pagi – 5.00 petang dan KHAMIS : 8.00 pagi – 3.30 petang
Penguatkuasaan
1. Berapakan jumlah kompaun yang dikenakan bagi setiap kesalahan?
Undang-Undang Kecil(UUK) Mengkompaun Kesalahan telah menetapkan bahawa setiap kesalahan dibawah Akta 171 dan UUK yang dibuat dibawahnya boleh dikenakan kompaun maksimum sebanyak RM250.00 sahaja, manakala UUK Mengkompaun kesalahan (Jalan Parit dan Bangunan) (Terengganu) 1985 pula memperuntukkan jumlah kompaun maksimum sebanyak RM250 bagi kesalahan di bawah UUK dan RM500 bagi setiap kesalahan di bawah Akta 133. Bagi kesalahan di bawah Perintah Lalulintas Jalan (peruntukan Mengenai Tempat Letak Kereta) (MDB) 1993, jumlah kompaun yang boleh dikenakan adalah sebanyak RM50.00.